Thursday, September 3, 2009

Backup Driver

Anda sering kali format PC anda dan selalu bertukar-tukar CD Driver dari Display Card ke Sound Card, dan sebagainya? Namun pernahkan anda cuba untuk backup semua driver anda hanya kepada satu CD sahaja ? atau anda risau CD driver yang ada akan hilang atau rosak dan tidak boleh digunakan lagi ?

Kami disini telah menjumpai satu utiliti yang mampu menyimpan semua driver perkakasan anda dan tidak perlu lagi menggunakan beberapa CD dan hanya boleh disimpan dalam satu folder sahaja.

Utiliti ini dinamakan Driver Magician Lite. Ia mampu membezakan mana driver yang sudah berada dalam CD Windows XP dan mana driver yang tidak berada dalam CD Windows anda. Malah ia mampu membuat backup.

Driver Magician yang biasa mempunyai kemudahan untuk mengemaskini driver anda. Namun ianya merupakan aplikasi berbayar. Untuk membuat update driver anda boleh mencari di Internet di laman web perkakasan anda.. Mudah sahaja.


Hasil dari Backup Driver

Pilih yang berwarna merah sahaja, Kalau ingin selamat pilih semua


Pilih Folder yang sesuai


Untuk mendapatkan utiliti ini sila klik dibawah

NTLDR missing / corrupt


Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XP

Apabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.

Langkah-langkahnya adalah
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan

c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\

5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Contoh, jika E adalah drive CD ROM anda

c:\copy e:\i386\ntldr c:\